Universiti Malaya Universiti Sains Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Universiti Utara Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaysia Sabah Universiti Perguruan Sultan Idris Universiti Teknologi MARA Universiti Sains Islam Malaysia Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Pahang Universiti Darul Iman Universiti Malaysia Kelantan Universiti Tun Hussein Onn Universiti Teknikal Malaysia Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

LOGIN AHLI

ARKIB ARTIKEL

PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini163
mod_vvisit_counterSemalam290
mod_vvisit_counterMinggu Ini1721
mod_vvisit_counterMinggu Lalu3645
mod_vvisit_counterBulan Ini18183
mod_vvisit_counterBulan Lalu18363
mod_vvisit_counterKeseluruhan1380388

 

 

PENGENALAN

 

Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) telah ditubuhkan pada 28 Februari 2003. Kertas kerja cadangan penubuhan Majlis ini telah dikemukakan untuk kelulusan dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
Dalam mesyuarat cadangan penubuhan MAKUMA yang diadakan pada 2 November 2002 di Hotel City Bay View Langkawi, wakil-wakil daripada IPTA yang hadir bersetuju mencadangkan agar usul penubuhan MAKUMA di bentangkan dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) oleh Timbalan Naib Canselor HEP Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam mesyuarat 28 Februari 2003, Y.Bhg. Prof. Dato'  Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak (Naib Canselor) UUM pada ketika itu (TNC HEPA UUM) telah dilantik sebagai pengerusi MAKUMA yang pertama. Bermula pada 1 Ogos 2004, UiTM telah dilantik pula sebagai Sekretariat MAKUMA yang ke-2 dalam mesyuarat TTNC/TR(HEP) di UMS sehingga 2006.

 

 

STRUKTUR ORGANISASI

 

MAKUMA dipengerusikan oleh salah seorang TNC/TR (HEP) yang dipilih dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) secara bergilir-gilir. Setiausaha bagi Majlis ini dipertanggungjawabkan kepada IPTA yang menjadi pengerusi. Ahli-ahli jawatankuasa MAKUMA terdiri daripada wakil setiap IPTA.

 

 

 

 

VISI

Memperkasakan perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya ke arah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdaya saing dalam pasaran global”

 

 

 

 MISI

Menyeragamkan dan menyelaras dasar, kepakaran, idea, kaedah dan aktiviti Kaunseling dan Kerjaya secara berperingkat-peringkat di IPTA”.

 

 

 

 

 OBJEKTIF

Menyediakan garis panduan pelaksanaan perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya yang standard di IPTA.

Menyelaras perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya secara bersepadu untuk memenuhi keperluan mahasiswa mengikut perkembangan semasa dan terkini yang boleh digunapakai di IPTA.

Memantapkan kemahiran dan kepakaran kaunselor melalui perkongsian pintar ke arah membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa.